My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, March 20, 2011

UjianNya ♥



:: gambar sekadar hiasan ::


Bagi aku Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Kerana inilah yang aku hadapi sekarang….hendak kuluah segala apa yang ada dibenak ku namun aku masih harap aku dapat hadapi segalanya dengan hati terbuka….selama aku hidup selama 2* di muka bumi ALLAH ni..bohonglah lidah ,kalau aku pernah terkasar kata terhadap ornag sekeliling, membuat dosa2 kering2 ( org kata ) tapi aku belajar dari kesilapan…lalu…aku masih ade bende yang perlu aku uruskan…kadang aku jadi fed up bila org utarakan soal “kahwen”…sape tak nak kahwen ….merasai malam pertama …ishk….ade suami ada anak memang aku nak sgt2…tapi kadang2 kebahgiaan diri sendiri aku kena tolak ketepi…lagipun aku masih takde ape2 dalam hidup ini…masih byk lagi ilmu yang perlu aku pelajari…lagipun lelaki zaman sekarang byk memilih latar belakang yang bagus….bagi aku , aku bukan menjadi satu pilihan tapi hanya calon simpanan. Satu sifat aku susah nak kikis rendah diri tapi aku taknak lah org pijak kepala aku….Cuma aku tahu kelebihan aku dan kekurangan aku cukuplah…. Byk dugaan dalam hidup yang tak mampu aku ungkaikan dalam blog nih…setakat nih aku bahu aku masik mampu memikul….lagipun aku taknak korang bimbang……..ape2..melainkan ape yang baek tuh amik lah sebagai pedoman....yang jelik tuh dtg dari aku..yg baik datang dariNYA...
Ya aku akui ,pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran .korang pun janganlah putus asa….walaupun byk rintangan dalam hidup…ALLAH knows the best for us…have faith.
Baru ni kwn aku remove lagi aku dari FB tak kisah lah nih org yang ke 3 kot…lelaki lah ..jiwa kaco gak lah...ntah kenapa maybe sebab byk sharing byk bende...aku tak paham why..why..hmm …yang pompuan ade yang remove aku sebab aku private kan wall….actually tujuan aku taknak lah diorg bising pasal aku punye wall fb byk meroyan plus jiwang….suke hati aku lah kan????dah aku tahu diorg tak suka aku privatekan lah bukan sebab aku taknak or buang diorg ….aku xsuka buang org kecuali kalau org tuh cari pasal dengan aku ….nih aku akui hehehe….dah nak sebulan lebih rupenye aku kenal naga….hehe….dia baik,amik berat lately nih…ntah sejak si S dah pilih jalan hidup dia….ikut ckp mak ayah…aku decide teruskan hidup mcm biasa….dan mendoakan kebahgiaan dia untuk upcoming weds dia ujung thn nih….haipp :P bukan kapel aku lah…aku malas nak kapel2 nih kan aku dh bgtaw korang….!!...(ade ke???) malam nih juga aku layan je gile2 kat v* seronok besh….hehehe…dah tak lama dah nak gile2 layan situ….malam nih si f kene mnegorat…tapi org yg mengorat dia aku xluak pun..cemburu???adelah sikit...hahah….sebab aku kenal f….dia boleh handle semua nih dgn matang…..kali nih aku decide taknak Tanya apepun .kali terakhir aku Tanya pasal si M…memang dia bgtaw sejujurnya…hehe lawak2…hehe mase tuh aku takde perasaan dgn dia….lagipun dia bukan milik aku….yang penting persahabatan kami…masih berterusan dan berjalan seperti biasa……
‘’ Ya ALLAH damaikan lah hati ini jika dia bukan untukku andai dia untukku dekatkan lah hati aku dengan hatinya “ amin
Sesungguhnya hati ini tidak mengharap namun tidak juga menjauhkan hati ini dari mengingati dia…segalanya berlaku tiba2 …dan sesungguhnya …..soal hati susah nk dimengerti….hhehe membebel soal hati pulak hahahha …berbalik pada naga…ade sumthing about dia menarik bagi aku….heheh…apepun soal hati xde paksaan kan…..



”it juz happen or don’t meant to be….” Try and error…..tettt….
Untuk pengetahuan semua…berbalik pasal isu cabaran dan dugaaanNYA
diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.
Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)   
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim
di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra.,
sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin,
tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
baca jugak :








notakakikudibibirmu


time kasih kerana
membuat ku tersenyum...
time kasih singgah membaca....
psst: gmbr tuh baru balik dari
kenduri doa selamat..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM