My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Monday, March 7, 2011

Sabar duhai ♥




Pernah tak kowang rasa mahu " RESET " balik kehidupan...sure mesti ada kan?? mesti ade yang macam ni '' i wish i didn't do that " and all '' DO and Don'Ts...stuff .indah nya kalau ade DORAEMON ..kita boleh balik guna mesin masa ......betulkan situasi...memang mudah...tapi mudah hanya dalam kaca Tv ..kehidupan ini suatu anugerah....bersyukur lah kita masih dikurniakan NYAWA...bisa merasa bahgia....dan derita..kerana itu lah erti sebuah KEHIDUPAN...org yang benar2 hidup adalah org yang melihat dirinya melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain....segalan yang baek dijadikan tauladan ....yang buruk dijadikan sempadan....contoh :
Dalam kehidupan seharian kita sering mendengar keluh kesah tentang orang lain mengapa mereka rasa kekurangan sedangkan org lain mudah peroleh kebahgiaan....
Realitinya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita...
Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas dan aku mengakui hakikat ini....
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini....

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)




notakakikudibibirmu


Berat mata korang membaca...
berat lagi mata LT nak menaip nih hah....
selamat subuh....sume =)...
aperpun berSabarlah duhai



harini kat radio ade topik..
kamu rase kamu hemsem /cantik
time bila...kata dj radio tersebut....
ramai yang ckp cantik bila hari perkahwinan..
ade yg ckp hemsem bila awek sume nak takle dia..
so dia rase dia hemsem...
LT tak kahwen lagi so bagi LT ...
LT rase LT cantik bila memakai tudung....
bila kene ushar time LT
bertudung rase mcm cantik nye LT...
(poyo je ni )

yg kat atas nih selendang....

mood : ape pandang2...
ade hutang ke....grrrrr

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM