My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Wednesday, December 7, 2011

Bicara MUTIARA yang hilang ....


sekdar nak pamer ape LT bace....
malam nih byk update..
sbb lame tak update....
jgn lupa USHA ehhh...
esok keja...nak tito dah...
huhuk...



Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu
dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat
kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai
Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih
menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan
akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua
orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang
dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan
sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan
Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

{Hadis Sahih Muslim}

Abdullah bin Al-Zubair berkata: 'Aku tidak pernah melihat seorang perempuan yang lebih pemurah daripada `Aishah dan Asma'. Mereka berlainan dalam sifat pemurah mereka: `Aishah akan mengumpulkan sesuatu kemudian membahagi-bahagikannya (kepada yang memerlukan dan yang miskin); Dan Asma' tidak akan menyimpan sesuatu yang dia ada untuk keesokan harinya (tanpa memberikannya).' [Ahkam al-Nisa', Ibnu Al-Jawzi]

Putri Rasulullah s.a.w, Siti Fatimah Al-Zahrah r.a adalah seorang yg tekun beribadat sehingga digelar "Al-Batul" iaitu yg meninggalkan sebarang ikatan kecuali pengabdian kpd Allah. Puteranya Hassan pernah berkata:
"Tiap malam Jumaat aku melihat ibuku berada dalam mihrabnya. Ia terus menerus berukuk dan bersujud sampai cahaya pagi mulai terang. Aku mendengar beliau selalu berdoa untuk seluruh kaum mukminin dan mukminat, menyebut sebahagian nama-nama mereka dan banyak berdoa untuk mereka.."


notakakikudibibirmu

sedetik langkah mengenal diri...
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM