My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Monday, January 30, 2012

SMS itu MENJERAT






Men fall in love because of the way you make them feel....
Men need what I call the two A's to feel good...
They need to be appreciated, accepted ....etc


Lelaki....lelaki jatuh cinta kerana apa yang mereka rasa....
  • Dihargai (appreciated )- even a simple thing but will give a thousand meaning for him
tips : find a way to appreciate (even if it sucks )

  • Diterima (accepted ) - basic need of man to feel accepted....
zaman sekarang dunia dihujung jari....sebab tuh tidak pelik lah ade
cinta muka buku...cinta penumbuk ku......why not....Be creative when you text him and keep these two A's in your mind....aperpun salah sms...will push him away ~
Simply text him weekend with something like this "you make me happy last night".
This tells him that he made you happy and men love to make women happy. It also shows appreciation. You can be very specific in this also. Tell him exactly what he did that was so suprise.
.
LT tak cakap tuk korang taip pujian kosong....biar ikhlas..tapi kenalah kreatip...jangan bazir masa dengan menaip ..." hari ni awak mcm mana ?" perlunya mengaitkan teks anda dengan perasaan baik dan mood yang ceria ... . Jika anda teks perkara-perkara yang biasa dan dia sibuk di tempat kerja, dia boleh membenci teks anda dan mungkin akan abaikan sms itu...
so , sebelum tekan button SEND...tanya diri sendiri...adakah sms yang dihantar tuh akan buat...lelaki yang anda suka rasa lebih dihargai dan ceria ....atau buat dia tersenyum ....atau meceritakan pengalaman keluar bersama....ini boleh merapatkan hubungan anda...

juz personal thought....

Ever notice how the ones we don't like stick around and the ones we do often vanish? That is often because we don't show them all that much interest and we become a challenge. A guy loves a good challenge does he not?....


tips texting secret admire @ guy that u LIKE:

  • jangan menjadi org terakhir exit the conversation....be 1st one..let them wanting for more..
  • it's a good idea to not answer right away.creates a powerful trigger to him. In the future when he gets a text from you he will associate it with relief and good feelings...
  • When texting a guy you like don't wake up in the morning and send him a "Good Morning" text or a "selamat malam " text. Let him do this first. Let him lead, you follow softly behind. In the beginning if I get one of these I reply with a short sweet "u 2".
That's it, nothing more, nothing less. Make him work for it.
Men value what they work hardest for.

Texting is fun and can build some pretty intense attraction if done skillfully and playfully....
don't be so DESPERATE women....be a gurl that every man adore...and BE WISE...

pssst : mengorat LELAKI tak SALAH asalkan kena dengan GAYA nya....
kaji lah dulu personaliti nya...1st step.....don't JUMP into...
sumthing DUMB...and please don't be A BIMBO....
mencari org yang suka kita memang senang...
nak mencari org yang NIKAHI kita yang payah...
jagailah kehormatan kamu.....
buat lelaki cari lah perempuan bukan..
hanya boleh dibuat ISTERI
tapi carilah IBU untuk
ZURIAT kamu......^^....


notakakikudibibirmu

SMS??? :simply...
It's all about skill and technique and knowing what to say....
flirting via SMS.....;) let the finger say it ALOUD....


Menahan amarah



Riwayat:
Riwayat Ibn Abi Dunya
Kategori:
Akidah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.


sumber :JAKIM

Sunday, January 29, 2012

Petua memilih teman sehati RM5K mahal nih


( sekadar share tuk 2012)

Assalamualaikum wbt semua.

Ini sekadar buat renungan kita bersama....

Lt mau kongsi ape LT bace dalam internet tadik

kalau ade salah silap ...korang komen ...kat bawah...

sekadar untuk renungan.....dan bahan bacaan...


Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1. KENAL

Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar .a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara

2. KELAS

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

3. KUFU

Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4. KASIH

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis......

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu: "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga, Hadis Nabi ada menyatakan:

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5. REDHA

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, "Apakah kamu redha dengan pasangan ini?" Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka. Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya.

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26


"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa... Begitu juga sebaliknya masalah berlaku, Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah sama ada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:
"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."



sumber :hanan.com.my

Firman Allah SWT:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.”
(Al-Hujarat: 13)


renungan :
Jika mahu mendapatkn yg soleh, kurangkn agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah mnJADI yg solehah.Jika inginkan yg solehah, janganlah cerewet menCARI yg solehah,tetapi berusahalah menJADI yg soleh.Bertemu yg solehah,solehahnya? dia belum tentu kekal. Bertemu yg soleh,solehnya boleh berubah... kerna si soleh ; si solehah adalah insan biasa... Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses utk MENJADI, bkn MENCARI






notakakikudibibirmu

perasaan macam CENDOL

Saturday, January 28, 2012

Bila Aku Jatuh Cinta part 1



nih view aku...just aku..
ok buat teman2 yang bawu jatuh cinta...
aka ....1st time...etc

kalau lelaki tu bawu kenal korang seminggu
and then ckp ...
# muka awak iras macam awek saya ....
ada dua maksud : memang dia bermaksudkan..
atau taktik nak mengorat jer...jgn terlalu overEMO okeyh...
rilek sudah..


kalau lelaki tu kata nak kahwen dgn korang ....
usia perkenalan bawu seminggu kurang dr setahun
..WHICH is sgt bawu.
#jangan panik ....or over EXCITED ....
it could be tactic...pada yang DESPERATE mungkin sanggup
beri EVERYTHING .....which is WRONG...
if betul tengok dulu....kerja diaorg..
#mampu ke nak sara korang after kahwen...
sebolehnya kahwen jangan lah sampai berhutang...
elok bersederhana...okeyh !
#nak tolak pun cara baik :) kalau korang belum bersedia...
#tengok mentaliti dia dah matang ke ? nk pikul tangungjwab...
kalau AUTA jer lebih..suka bersumpah tapi xtunai....
LT nasihatkan ckp je Hi Hi bYE BYe....NEXT

kalau lelaki tuh kuat
KUAT MAKI ?
find sum1 treat u as WOMAN...not ANIMAL..

CEMBURU ??
cemburu perlu tapi berpada2
lainlah kalau dah ada IKATAN yang SAH...
korang renung2 kan....



kalau byk sangat lelaki pilihan korang...
psst : wah lakunye korang....( jeles okeyh :P )
#tengok kedudukan anak ke berapa..
tgk personaliti kajilah by google
#anak mak ke idak....tgk penderian
#mampu ke...nk sara ..
#kedekut tak nk belanja? bukan sampai tahap materialistik lah..
ujilah nk minum ais blended bape lah sgt.....aperpun bawah 50 lah..
kalau korang dpt atas rm 50 jenis xsuka amik duit pompuan mmg terbaik lah
korang bertuah.....
#kalau dia serius dia akan bawak korang jumpa famili ....
#ujilah....apa yang berkaitan ilmu...rumah tangga or ape2...sbb nak tahu
corak pemikiran dia...all people think in diffrent way...


tuh jer wat masa ni.....

aperpun perkahwinan mencegah kemungkaran..
benda baik kan bagus dipercepatkan...
it will be one less ANAK tak sah taraf


notakakikudibibirmu

btw i'm not MARRIED....
tips harap korang ley ade CLUE pasnih...
tentang LELAKI...
bagi aku....
aku suka LELAKI yang SEKUFU
yang mampu MENDIDIK aku...menjadi insan yang
lebih BAIK dan berusaha kearah cintaNYA...
yang boleh menjadi IMAM padaku


buat perokok tegar ...
sudikah anda berhenti rokok kerana cinta ....????



LOVE ???, what does that mean? Why do we fall in love? Why do we love unconditionally? How come we love each other when it can lead to pain and sadness? The fact that love isn’t perfect is what makes it so special. We, as humans, have been given the amazing gift of cognitive thought and an unparalleled reasoning ability. Does the fact that we have these gifts and still choose to love knowing that it could lead to devastation make us stupid or ignorant? No. It’s what makes us human.......-jus for share.....

pic : google..@spirithoods

cintai aku dengan hatimu ....



sayang...
maaf kerana tidak dapat melihat ku...
bukan kerana aku tidak mempunyai rupa..
aku kuatir rupa ku tidak seperti yang dirimu jangka...
kau kenali aku....dari alunan jari ku...
kau kenali aku...dari suara yang memulakan bicara.....

harini dirimu bertanya padaku.....

kenapa dirimu hanya nampak gambar hati...
gambar hati dalam blog ciptaanku...

tidak kah kau masih meragui aku....katamu...

ikhlas nya hatimu ...dalam mengenaliku...


lalu pertanyaan itu...
aku hanya membalas....
gambar itu ungkapan ada hati yang ingin dikasihi...
ada hati yang pernah dilukai...
warna yang berubah....
cinta silih berganti....pergi dan pergi.....


dirimu terdiam....
syg ,aku hanya ingin dikasihi..

walaupun zahirnya takdapat kulihatkan...
walaupun kata-kata tak bisa kuucapkan....

aku cuma ada hati.....
mampu kah kau mencintai hati....
andai bisa hati ini kau fahami....
zahirku..hanya menjadi sandaran.....
yang akan kulihatkan.......
tapi bukan sekrang mungkin dihari ...
yang mendatang....



notakakikudibibirmu

cinta itu ada...
sekadar berkarya

Tuesday, January 24, 2012

suksesss for the 1st twEEt

layan jer lah..

Ujian itu Pasti....


untuk renungan bersama...


KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


notakakikudibibirmu

jangan mudah MENYERAH kalah...
anda adalah golongan yang terPILIH
diUJI olehNYA...

Jangan sampai melampaui batas

kadang dalam kehidupan seharian ...
ada jer tak kena...ini dan itu tak kena.....
mungkin ada khilaf yang kita tidak lupuskan..
mungkin ada kemaafan yang lupa kita layangkan....


Dari Anas r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata:Aku tidak akan berkahwin! Sebahagian lagi berkata,:Aku tidak akan makan daging Yang lain pula berkata :Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan). Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku.

Huraian Hadith:
Sikap menentang ajaran Islam dan menyimpang jauh dari sunnah Rasulullah SAW amat dibenci oleh agama. Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas." (al-Maidah: 87)

jika diUJI...


Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.

Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan


sumber : jakim

Friday, January 20, 2012

Penguasa Kastam Gred WK1-1

tahniah..
pada kawan2 yang dapat....
selamat amik ujian...
kepada otak2 yang tepu....
mari kita mencuci....
balik installl hardisk yang bawu...
jangan lupa banyak kan berdoa ...


TAK SILAP...

korang ade mohon ????
semak sini...KLIK
panduan untuk soalan yang biasa diajukan..
KLIK sini...MUAT TURUN..sekali tau




notakakikudibibirmu
berani GAGAL adalah orang BERANI ...
dari GAGAL kerana tidak menCUBA
sy sayang kerja saya sekrang.....;)
pssst : korang dapat kat nerr amik peperiksaan ?
share lah kat sini...mana tahu ade kawan2 amik tempat sama ahaks..

Wednesday, January 18, 2012

Berani CINTAi Lafazkanlah '' aku terima NIKAHnya "


“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”

♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar..

♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

♥ Kedengaran indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥

Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..

Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!

Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.

~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

sumber copypaste : pakarcinta


notakakikuidbibirmu

sekadar share apa yg dibaca...bz dgn keja ahaks...

Saturday, January 14, 2012

hukum atau hadis buka aib orang lain

for sure korang ade usha satu video trolll dari sorang awek uni*** ....
alu tak sure lah ape perasaan dia..tapi plssss...
tak salah korang nak beromantika...tuk boyfie../gurlfie...
when it comes to social network...
i repeat social network such as utube,fb,etc....
it will be your NIGHT MARE.....
but plzzz don't SUICIDE.....
byk muhasabah diri.....ingat ALLAH
if korang terjebak dgn gejala....
nak jadi VLOGGER terbaek ??? what the fish...
just be YOURself....kita bukan artis...
public akan buat mcm assumption..
and yet ini akan malukan korang...
and famili.....


hukum @ hadis...yg aku cari GOOGLE tuk korang hayati...
dan untuk diri aku juga...

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahasiakan di lobang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.


Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya.
angan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan buka pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah.

Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya. " (HR Abu Daud)

''tapi ada umpatan yang dibolehkan asalkan kita tak beritahu secara detail siapa2 orang yang terbabit...bukan berniat nak buruk2kan orang lain...bukan nak memecahbelahkan antara satu dengan yang lain....tujuan umpatan yang dibolehkan ni hanyalah untuk dijadikan iktibar, panduan n peringatan pada kita supaya tidak melakukan kesilapan yang sama n sentiasa berwaspada...

kita lihat sahaja dalam al-Quran n Hadith...ALLAH menceritakan kisah2 umat terdahulu untuk dijadikan pedoman n pengajaran buat kita supaya kita mengambil iktibar daripadanya...wallahua'lam.- "salinda halaqah
.net

muslim itu adalah saudara muslim yang lain..janganlah engkau menyakiti dan janganlah engkau mengkeji............................dan janganlah engkau membuka aib seseorang,,,,jika engkau membukanya,,Allah akan membuka aib kamu di akhirat kelak..

notakakikudibibirmu....
ambik iktibar...

Monday, January 9, 2012

A Thousand Years

lagu A Thousand Years sgt besttttt....





suke lyric dia...
jom hayati...


(takde kena mengena dgn entry heheheh..trollll :p )


Dear X....

You were a special part of my life that I will never forget..
A part of my life that broke my heart, but that I don't regret..

You gave me some happy memories that I'll keep in my heart,
Although sometimes I wish that you and I didn't have to part



Would you just listen and
please don't say a word,
just yet,



I'd like you to think back ...
The memories we shared,
And just remember that once upon a time,
you really cared.







Now were do i start,
maybe from the day you stole my heart.
just somehow i knew that this would tear me apart,
and put wholes in my heart...



how i'm gonna ask you...
to loving me for a thousand years...
when all that left only memories...


notakakikudibibirmu...

time heals..
but heartbroken always been there...


mood : jiwang sehh..

layan jer

Saturday, January 7, 2012

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

buat renungan bersama ...








Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Mari kita bersama jadikan petua ini sebagai panduan untuk lebih mengenali pasangan anda. :)


notakakikudibibirmu ...
menarik :)buka hati untuk terima cinta...

pssst : biar tergoda ...jgn ternoda...;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM