My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, February 5, 2012

13 Rabi'ul Awal 1433


selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H
pada 13 Rabiul Awal 1433H bersamaan 6 Februari 2012
pada yang cuti...isnin...sy sgt jeles tawuk :P


“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”


Berdasarkan catatan sejarah, sambutan Maulidur Rasul diraikan sejak abad ke-5 Hijrah mencatatkan bahawa pada setiap Isnin, Rabiulawal, rumah kelahiran Nabi SAW dibuka dan orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya.

Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Selain berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam. Antara pesanan dan akhlak yang diajarkan adalah tentang hubungan sesama manusia.

Antara aspek penting dalam kehidupan manusia adalah perpaduan. Ia bertepatan dengan tema bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Meskipun Islam menganjurkan manusia bersatu dan mengelakkan daripada hidup berpecah-belah, namun penyatuan ini bukanlah dicapai kerana faktor luaran yang tidak kekal tetapi kerana prinsip-prinsip yang boleh dipertahankan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 213, Allah SWT menjelaskan bahawa pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu sebelum berpecah-belah dan diutuskan para Nabi untuk memberi khabar gembira dan amaran beserta kitab suci dengan keterangan yang benar untuk menjalankan hukuman antara manusia mengenai apa yang dikerjakan.

Dalam surah al-Ma’idah, ayat ke 48 pula dijelaskan bahawa jika Allah mahu nescaya Dia menjadikan manusia satu umat tetapi Dia hendak menguji manusia tentang apa yang telah disampaikan. Di samping itu, manusia digesa berlumba-lumba dalam hal mengerjakan kebaikan kerana akhirnya semua pasti kembali kepada Allah SWT dan diberitahu tentang apa yang diperselisihkan

Dalam surah al-Hujurat, ayat ke-13, Allah SWT menegaskan bahawa Dia memang sengaja menjadikan perbezaan tersebut dan menuntut agar manusia saling berkenalan. Yang membezakan antara satu sama lain dalam kalangan manusia adalah takwa dan ia tidak dapat ditentukan secara pasti oleh manusia, kecuali tanggapan daripada sejumlah rujukan agama.

Jelas, dalam ayat-ayat ini keterangan tentang hakikat bahawa manusia itu tidak bersatu atau mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu, ditunjukkan bagaimana manusia harus menangani situasi tersebut.

Ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat ke-63, bahawa sebanyak mana pun manusia berbelanja untuk menyatukan manusia, ia tidak dapat dilakukan kerana semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.

Sebenarnya, perbezaan itu adalah lumrah. Manusia dianjurkan bermusyawarah dan membuat keputusan berprinsip untuk kerukunan hidup bersama. Meskipun berbeza, semua manusia adalah daripada keturunan Adam Alaihisallam. Saidina Ali Radiallahu anhu juga pernah berkata bahawa seluruh manusia itu bersaudara dalam hal kemanusiaan.

Secara fitrahnya, semua manusia sukakan kebaikan, keadilan dan kejujuran. Ia adalah antara sebahagian ciri umum yang menyelubungi kefahaman antara manusia. Maka, ia perlu diperkukuh. Dalam hal-hal yang manusia mempunyai perbezaan pendapat, sistem itu mesti memberi cukup ruang kepada semua pihak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing dan prosesnya dipastikan berlangsung secara aman. Ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk bersikap sederhana dan menghormati realiti perbezaan yang ada. Ruang untuk berbeza pendapat secara aman ini mesti diterima sebagai persefahaman bersama.

Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk hidup berpandukan prinsip-prinsip luhur sebagaimana yang ditunjuki mesej al-Quran dan Sunnah Baginda Sallallahualaihiwasallam. Agama Islam merupakan sumber keselamatan dan keadilan, bukan sumber kezaliman, permusuhan serta keganasan. Justeru itu, marilah kita bersama mengambil kesempatan sempena Sambutan Maulidur Rasul ini untuk bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan menepati mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.

Saya berharap Maulidur Rasul kali ini disambut secara bersederhana dengan memperbanyak selawat, mempertingkat amal dan kebajikan meneruskan usaha ai antara kita untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada semua.

Semoga kita berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana ditunjuki oleh Rasulullah SAW, teladan sepanjang zaman.


wassalam ...

perutusan dri negeri selangor...

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim

sumber : selangorkiniLink


Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Cintai Nabi



Nabi bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)

sumber : lengangkangkung.com



Ada ulama berpendapat, tarikh lahir nabi Saw adalah antara 9 hingga 12 Rabiul awal, iaitu sama ada pada 10, atau 11 rabiul awal. Namun begitu, kebanyakkan ahli sirah menyatakan tarikh kelahiran nabi SAW pada 12 rabiul Awal...nak tahu sila google...

notakakikudibibirmu
cintai nabi kita...;)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM