My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, March 4, 2012

Jodoh dan takdir


lewat waktu tiap hari kes penceraian makin meningkat di Malaysia..
terbaru artis ..sharifah aleya..
yang dj hotfm...takziah buat beliau...
LT kesian dengan anak kembar beliau...
semoga..bertaut kembali....sama2 kita doakan....
sesungguhnya penceraian halal tapi cukuptak disukai olehNYA...


sekarang  Kes sakit jiwa pun tinggi..
jangan cakap lah....bagi aku guna sosial network nih bagus...
tempat tuk luahkan..
tapi berpada lah...ia macam terapi...
kenapa melabelkan orang2 macam ni attention seeker....
ape salah if korang nampak diaorg sedey....
give advice ...or courage to keep holdin on or move on....
mereka lemah dalaman nya....termasuk lah aku...
bagi aku...benda2 cam tu buat rasa gembira...
walaupun hanya diruangan maya.......
lagipun aku takda akak atau abang...so i handle thing..
with my own way...urmmm....


berbalik pada topik...jodoh and takdir...


cth :  persoalan yang selalu diajukan...
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? 
Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? 
Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?
Begitu juga para sahabat nabi, 
mereka pernah bertanyakan soalan yang
 hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, 

Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” 

Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

 firman ALLAH s.w.t 

''Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

 Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman dalam ayat al furqan 


Maksudnya : "Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (al-Furqan : 2) 
 
Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah

 kesimpulan :


Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

JOM AMALKAN...

 rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina min qurrati a'yun, 
waj 'alna lil muttaqinna
Imamma"

 ertinya "Tuhan kami kurniakanlah kami  pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang bertaqwa.

Sesiapa pun jodoh kita.. biarlah dia akan menjadi penyejuk mata kita nanti kerana hidup bersama bukan sehari dua... dunia akhirat bersama itulah impian kita..




pssst : perkahwinan itu adalah proses menJADI lebih sempurna dan bukan MENCARI kesempurnaan semata 2..bak kata ustz azhar idrus...tok molek takpe..boleh tutup lampu...

percaya dengan Qada and Qadar ALLAH :) 


Wallahu’alam.

 untuk dikongsi :


 Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

zzzzz nyte

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM