My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, May 20, 2012

Kemanisan Tarbiyah dariNYA




brotherhoodarts:

035 : Ahmad says…### Share/Reblog/Retweet Discount Coupon Redeem ###This post sparks your mind? Share with your dear friends and REDEEM your 5% discount coupon to purchase any Brotherhood Arts products in http://deenify.com/Obtain your coupon by submitting your details here http://bit.ly/ coupon-redeem*For FB sharing, please make sure you share this post as ‘Public’TQ!



Tiada siapa yang mahu ditimpakan musibah dan didatangkan ujian dalam kehidupannya. Namun selagi kita bergelar manusia, pasti ujian akan mendatangi kita. Penting buat manusia untuk mengetahui bahawa setiap ujian itu diberikan oleh Allah untuk menguji sejauh mana ketaqwaan dan keimanan kita seperti di dalam hadis:


 Penawar Musibah, Pasti Manis Kemudiannya 


"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan” – Al-Bukhari dan Muslim

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : "Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

Kemanisan ujian akan kita rasai sekiranya kita mengerti dan sentiasa berusaha untuk memikirkan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui RAHSIA & HIKMAH di sebalik setiap ujian dan musibah yang berlaku.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Mintalah pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah swt, kerana sebaik-baik pelindung adalah hanya kepada Allah swt sahaja. Bertawakal dan berserah kepada Allah, pasti besar ganjaran dan pahalanya.


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا . وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ . إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ . قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Al-Thalaq 65: 2-3]

entry copypaste dari..

"Manusia yang paling kuat diuji adalah para rasul kemudian yang mengikutinya, kemudian yang mengikutinya sesuai dengan tahap iman masing-masing" 
(Riwayat Ahmad) 

Manusia diuji mengikut kemampuan dari segi iman nya....

Setiap orang akan merasai ujian dalam hidupnya, tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi ujian itu menentukan darjatnya di sisi ALLAH. its not what happens to you, but it's what you do about it.. Kita sering tertanya apakah sebab ALLAH memberikan kita ujian ini? pada hakikatnya sebab itu bukanlah penting, tapi apa yang kita lakukan untuk menghadapinya itu yang sebenarnya lagi penting. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan ALLAH berbanding dengan orang yang jauh daripada ALLAH walaupun ujian yang menimpa mereka adalah sama.Kita mampu mengubah ujian itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Sungguh lemah diri kita jika kita tidak mampu melihat dengan mata hati setiap musibah yang menimpa diri kita pada saat itu..alangkah ruginya kita kerana tidak merasa betapa syahdunya kasih sayang ALLAH kepada kita.. mana mungkin kita akan diberi ujian sehebat ini, jika kita tidak dikasihinya...

"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" 
(surah Al-Ankabut 29:2)

notakakikudbibirmu..
sumber bacaan pagi..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM