My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Tuesday, April 17, 2012

La Tahzan 2


khadimulquran:

No matter how weak you think your Iman has gotten, never let your five daily prayers and your relationship with the Qur’an go.




Firman ALLAH yang bermaksud : Kerana itu ingatlah kamu kepad Ku,
nescaya AKU ingat kepada mu " (Al-Baqarah:152)


Zikir itu adalah penenang . Zikirlah kepada ALLAH. Biarlah asmaNYA sentiasa basah dibibir kita.
Ikhlaslah mengingatiNYA .Hati akan sentiasa bahagia dan hidup akan tenteram, 
jiwa akan damai sentosa
InsyaALLAH.




Dr ‘Aidh al-Qarni menyimpulkan ketenangan itu ada dalam rasa puas. Rasa cukup dengan apa yang ada. Nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang hidup secukupnya lebih bahagia daripada orang hidupnya kaya-raya.

Ruang kosong di hati menimbulkan kesunyian yang menggigit, kehampaan dan perasaan gelisah yang menghantui hidup. Maka dalam bilik yang riuh dengan suasana gembira, kita masih rasa keseorangan. Semasa bersama rakan-rakan rapat, juga terasa keseorangan. Kosong! Keriuhan kota tidak mengisi kekosongan hati. Lantaran menjadikan seseorang itu seorang yang pemilu atau juga seorang yang banyak ketawa tetapi kosong hatinya.

Ruang di hati inilah yang perlu diisi, bukan hanya dengan jenaka-jenaka atau pemikiran yang lebih menyusutkan, tetapi dengan sesuatu yang boleh menimbulkan ketenangan dan perasaan berteman waima diri keseorangan.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan dalam hadis-hadisnya agar hati hendaklah berzikrullah. Mengingati Allah s.w.t. merasakan Dia ada di mana-mana. Merasakan keberadaan-Nya sangat dekat, sehingga mustahil untuk berlaku tidak senonoh di hadapan-Nya. Tidak keseoranagan individu itu kerana dalam hatinya terisi dengan keyakinan kewujudan Allah yang Maha Esa, Maha Pemberi Perlindungan dan Maha Penyayang.

Hati yang mengingati Allah tidak pernah sunyi seperti hati yang lepa dari mengingati-Nya. Hati yang mengingati Allah s.w.t akan dapat menundukkan anggota-anggLota tubuh badan mengikut sunatullah. Membentuk insan yang bertakwa. Hanya berjalan mengikut rentak fitrah yang telah disemaikan oleh Allah taala dalam jiwa dan nalurinya.
Cuma yang perlu diingat ialah kehadiran hati itu berserta ihsan (ikhlas) ketika berzikir, kerana tanpanya zikir tidak mungkin mendatangkan sakti. Membawa kesenangan dan ketenangan hati. Jika tertutup sudah ruang-ruang kosong dalam hati dengan berzikir, tuntutan peringkat zikir itu sudah ternyata dan insya-Allah diri tidak merasa keseorangan atau sunyi lagi. Setiap detik di tengah-tengah kehidupan kita bersama Allah taala. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadatlah kepada Allah seperti kamu melihat-Nya. Kalau kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa melihat kamu,” hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.    


copipez...La Tahzan..  karangan Dr. ‘Aidh al-Qarni 
untuk renungan bersama..
apa yg LT baca..


notakakikudibibirmu



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM