My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Friday, April 20, 2012

Maksud Wasatiah dan Qana'ah




gambar : google



 Dear friends... May Allah s.w.t be with you at every step you take, guide you in each decision you make,help you when life gets rough, Bless you with more than enough, protect you when you fall, hear you when you call (Du'A), and sooth your heart when you don't understand Amin Ya Robbal 'Alamin... insyaALLAH...   Have Faith In Allah...  friday  hari ni LT mahu berkongsi tentang wasatiah ....dan qanaa'h...ape yang di baca ...
semoga dapat memunasabah diri kita untuk menjadi lebih baik insyaALLAH ...


Wasatiah dan Qana'ah

Wasatiah bermaksud sederhana  iaitu sikap tidak yang keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samada dalam pemikiran atau perlakuan supaya sesuai dengan peraturan agama, norma hidup dan nilai masyarakat . 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud  
“ sebaik-baik perkara adalah yang sederhana ” .

    Manakala Qana’ah pula bermaksud merasa cukup dengan dengan pemberian Allah samada sedikit mahupun banyak. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas (qana'ah) menerima segala pemberian Allah". (Riwayat Muslim)

  
    Wasatiah dan Qana’ah tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua sifat tersebut adalah termasuk di dalam konteks “redha”. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )


    Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin. Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
"Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa".
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Oleh itu,  Islam melarang umatnya membazir kerana membazir itu amalan syaitan dan membawa kepada kerugian dan kepapaan .
     

Keperluan seseorang manusia dalam kehidupan 
Ø  Tempat tinggal
Ø  Pakaian
Ø  Makanan
Ø  Kewangan 

Ciri-ciri orang yang sederhana dalam kehidupan 
Ø  Sentiasa bersyukur kepada Allah
Ø  Tidak melakukan pembaziran
Ø  Bersih rohani dan jasmani
Ø  Tidak tamak dan sombong
Ø  Bersederhana / Wasatiah  dalam kehidupan seharian

Sederhana ketika makan 
Ø  Jangan membazir
Ø  Makanan yang disediakan jangan berlebihan
Ø  Insaf terhadap golongan yang tidak mampu

Sederhana ketika berbelanja
Ø  Berbelanja barang yang perlu dahaja
Ø  Mengikut kadar kemampuan
Ø  Jangan boros

Sederhana ketika berpakaian
Ø  Jangan memakai pakaian yang terlalu mahal
Ø  Pakaian yang bersih dan kemas
Ø  Berpakaian yang sopan dan menutup aurat



Barangsiapa menginginkan teman, 
cukuplah ALLAH menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, 
cukuplah QANA'AH menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, 
cukuplah KEMATIAN menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, 
cukuplah  AL-QURAN  menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah NERAKA  baginya.

 sumber copipez kali ni 

notakakikudibibirmu

ahad keja..sekian hahaah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM