My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Wednesday, April 18, 2012

Pesanan berhikmah Khulafa al-Rasyidin




Khulafa' ar-Rasyidun (الخلفاء الراشدون) ialah mereka yang menggantikan Nabi saw dalam memimpin Ummah. Ar-Rasyidun ialah sifat yang berlawanan dengan kesesatan dan mengikut hawa nafsu. Maka ar-Rasyidun ialah sifat mereka yang tetap berada di atas petunjuk Nabi saw dalam urusan pemerintahan ummah dan sentiasa memelihara manhaj yang datang dari Nabi saw di dalam berdakwah, jihad, menegakkan keadilan, al-Amr bil ma'ruf, dan an-nahyu 'an al-Mungkar. Mereka ialah Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib r.'anhum.
Nabi saw menyebut tentang al-Khulafa' ar-Rasyidun di dalam hadith baginda, antaranya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." jOM baca 

apa itu bidaah ? KLIK

H.R. Abu Daud dan Tirmizi


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
Disini ada beberapa kata-kata hikmah daripada Khulafa’ Ar-Rasyidin :
Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau hartanya menjadi rebutan orang orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya foya pada jalan yang tidak berguna.
Dia berkata kepada para Sahabat:
Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
Terdapat 8 perkara yang menjadi perhiasan kepada 8 perkara:
1) Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
2) Syukur perhiasan kepada nikmat
3) Sabar perhiasan kepada bala.
4) Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
5) Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
6) Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
7) Meninggalkan ria’ perhiasan kepada kebaikan.
8 )Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.
Kata kata hikmat daripada Syaidina Umar Al Khattab r.a :
Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad s.aw di tanganku.
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
Kata kata hikmah daripada Syaidina Usman Ibnu Affan r.a :
4 perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
1)  Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
2) Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
3) Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
4) Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib
Aku mendapat kemanisan ibadah dalam 4 perkara:
1) Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
2) Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
3) Ketika menyeru kepada kebaikan.
4) Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
Kata kata hikmah daripada Syaidina Ali Abu Thalib r.a :
Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
Buta hati akan lupa zikrullah.
Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.
Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
Sekianlah sahaja artikel kata kata hikmat atau kata hikmah hari ini .   ..Wasallam.


notakakikudibibirmu...

ada pendapat menyangkal tentang kewujudan khulafah ar rayidin...
ingin mencari jawapan ? rujuk pada yang lebih arif..
namun begitu kata2 hikmah sekdar renungan bersama ....


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM