My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, July 22, 2012

Mencapai Mardhatillah



Mardhatillah bererti keredhaan Allah. 
Redha Allah yang diharap.

Alhamdulillah, Sekali lagi Allah yang maha cinta masih lagi memberikan peluang dan ruang kepada kita untuk terus beribadat, untuk terus bernafas, untuk terus memiliki rezei yang dikurniakanNya dan seterusnya merasi nikmat cinta yang diberikan olehNya. ..dan ALHAMDULILLAH kita masih diberi peluang untuk bertemu di ramadhan kali  ini..




ahlan wassalan ya ramadhan...

semoga ramadhan kali ini memberi hidup kita lebih berkat..
dan mendidik diri....beramal dan menjauh kan nahi mungkar...

Entri kali ini bertajuk mencari mardhatillah. Mesti anda mahu tahu apa itu yang dipanggil Mardhatillah dan ada juga yang sudah maklum tentang apa itu mardhatillah. Mardhatillah bermaksud Redha Allah ataupun Restu Dari Allah. Mengapa restu dari Allah itu sangat penting? Kerana tanpa restu atau redha dariNya segala apa yang kita lakukan sepertinya sia-sia. Hidup ini perlu kepada redha Allah, dengan redha Allah segala apa yang akan kita lalui akan tenang. Segala apa yang akan kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah. Segala apa yang kita lakukan akan mendapat pahala di sisiNya dan ganjaran yang baik.


banyak kan berdoa...


Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." 
(Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

sekadar renungan...


Wanita...andai tidak dipimipin dengan ilmu dan iman..mereka inilah yang paling mudah berkeluh kesah, resah dan bimbang. Bimbang dengan kesusahan dan masalah hidup, bimbang dengan keperluan yang dirasai seringkali tidak mencukupi dan bimbang dengan pelbagai perkara lagi.


'' Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”


On Da Street



LT ada jumpe tazkirah..
tentang ramadhan..
jom baca....

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. 


(Riwayat. Ahmad dan Tabrani)

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah RA:


 Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah bersabda: Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan-Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya 
( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
Riwayat: Imam Ahmad )

Kelebihan bulan Ramadhan daripada bulan- bulan yang lain kerana difardhu padanya ibadah puasa. 
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183,

Maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antaranya ialah: Pertama: Persediaan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, di khuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau media massa. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

Kedua: Persediaan kesihatan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya.Ketiga: Persediaan dari sudut kewangan. Di antaranya ialah dengan bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau  bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus. 


(Riwayat al-Bukhari)

Keempat: Memperbanyakkan menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara  ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan seluruh umat Islam.
 Sebagai makluk ciptaan-Nya, maka Allah SWT Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan iman dan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan dengan keampunan dan pahala yang berganda serta mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW  bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”(Riwayat Bukhari)
Oleh itu, menjelang Ramadhan ini, para jemaah sekalian diseru memberi tumpuan kepada tawaran daripada Allah SWT, bukannya terpengaruh dengan promosi-promosi produk dan barangan- barangan tertentu yang dikaitkan dengan Ramadhan. Ibadah Puasa yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malahan segala nafsu  seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah turut berpuasa. Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah dan bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan  dengan mengisi ruang-ruang yang ada bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT didalam usaha mencari keredhaannya. 


Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur ayat 31:

Maksudnya: “ dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:

Maksudnya Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.

sumber : masjid negara.

boleh baca disini jugak :

notakakikudibibirmu
1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA



"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".





  Ps : andai ini ramadhan terakhir aku...


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM