My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, September 16, 2012

Enam Kewajipan Orang Islam





Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Kewajipan orang Islam kepada orang Islam yang lain ada lima perkaraL menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin”. 
 
Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut “الحمد لله” doakan dengan “يرحمك الله”, jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”.
Huraian Hadith: 
1.   Kewajipan yang merupakan sunat antara Islam ada enam perkara:
  • Memberi salam apabila bertemu dan menjawab salam adalah wajib.
  • Memenuhi undangan.
  • Memberi nasihat jika diminta.
  • Mendoakan dengan ucapan “يرحمك الله” setelah orang bersin menyebut “الحمد لله”.
  • Menziarahi orang yang sakit.
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
2.    Hadis ini menunjukkan bahawa Islam memerintahkan umatnya supaya menjalin dan mengekalkan hubungan sesama mereka sehingga selepas mati

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi

Tarikh: 
 Aug 01, 2012
Riwayat: 
 Bukhari
Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.
  2. Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada kezaliman bererti kita telah menyelamatkan daripada dosa dan azab.
  3. Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.
    Riwayat: 
     Muslim
    Hadith: 
    Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”



sumber : JAKIM..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM