My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Saturday, July 20, 2013

Mendidik Iman





Kita suka kalau dapat berinteraksi dengan manusia yang kita admire, 
tapi mengapa kita selalu tak fokus berinteraksi dengan Allah, kata sayang Allah, kan? 
So, kena improve "communication skills" dengan Allah. Moga Allah redha dengan kita.


The most important thing, hayatilah bacaan Al-Fatihah.
 Kita faham maknanya, tapi kadang makna sekadar makna,
 kalau hati kita sendiri macam tak sensitif dengan ayat-ayat Allah tu..

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”.
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
“Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia.”
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Then pasal wudhuk. Pasal ambik air sembahyang. We do know kan salah satu fadhilat berwudhuk ni adalah menghapuskan dosa-dosa kecil. Yup. Tapi untuk memaknakan lagi setiap titisan air wudhuk yang kita ambik tu, mungkin sambil tu kita cakap dalam hati berdoa and mintak ampun kat Allah. Contohnya,
Berkumur : Ya Allah, ampunkan lah dosa ku bercakap perkara yang sia-sia.
Basuh muka : Ya Allah, sejukkanlah hati insan yang memandang.
Basuh tangan : Ya Allah, ampunkan lah dosa ku kerana melakukakn perkara yang sia-sia
Sapu kepala : Ya Allah, mudahkan lah aku memahami pelajaran dan mengingatinya
Basuh telinga : Ya Allah, ampunkan lah dosa ku kerana mendengar perkara sia-sia
Basuh kaki : Ya Allah, ampunkan lah dosa ku kerana berjalan untuk tujuan yang sia-sia

Aku kata 'astaghfirullah' tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata 'wa atubu ilaih' tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata 'wa nadimna ya Allah' tapi kesilapan lalu masih kuulangi.  
Aku kata 'subhanallah' tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata 'alhamdulillah' tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata 'Allahuakbar' tapi cintaku lebih kepada dunia.  
Aku kata 'ma fi qalbi ghairullah' tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata 'aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu' namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.  
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.  
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa,
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa. 

penulis : ERNA 

lagi satu tentang....

Kepentingan Menuntut Ilmu 


Rasulullah s.a.w bersabda;

 "sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga,"-riwayat Muslim

Hatta anjing yang ada experience dalam bau-bauan pun ditinggikan darjat menjadi anjing polis kerana ianya ada ilmu, apatah lagi manusia kalau manusia menjadi insan yang berilmu. Tuntutlah ilmu yang bermanfaat yakni; ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu untuk melawan hawa nafsu serta tipu daya syaitan, ilmu untuk menambah amal dan meningkatkan kualiti amal, ilmu yang membuatkan kita mengenal hakikat kehidupan di muka bumi

Antara doa menuntut ilmu;

Doa nabi Musa : "rabbi zidni ilma" yang bererti Ya Allah, tambahkan kepadaku ilmu pengetahuan.

Surah Taha ayat 25-28 : O my Lord, open my chest for me and make my task easy for me and make loose the knot from my tongue so that they understand my speech.

semua artikel ini dari : http://dunianorain.blogspot.com 





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGERS CHAT ROOM